Thursday, August 19, 2010
Durian oh! Durian
Saya tumpang seronok mendengar kisah pesta durian yang diadakan di sekitar Lembah Kelang. Makan durian percuma? Bagi penggemar durian, wow ini betul-betul durian runtuh! Kalaulah isi durian tu boleh ditapaw, boleh juga dibuat pengat durian, pulut durian, kek durian dan pelbagai lagi….yummy. Saya “tumpang seronok” tu sebab saya tak boleh tumpang makan (secara percuma), kerana masih dalam pantang ketika membaca berita dan entri tentang pesta makan durian tu. Terkenang zaman belajar dulu. Bila tiba musim durian, saya dan kawan baik saya, Khadijah Ismail (sekarang cikgu) akan ke Lucky Garden di Bangsar semata-mata untuk makan durian. Di hadapan sebuah pasar mini di situ (TMC), ada pakcik yang jual durian di tepi jalan. Bakul durian (jog) diterbalikkan untuk dijadikan meja dan beberapa bangku disediakan. Kami berdua akan beli durian (biasanya dua biji je) dan makan disitu. Lepas tu, minum air daripada pangsanya. Bila malam kat asrama, dua-dua orang tak boleh tidur. Mandi pun tetap terasa bahangnya… Saya suka idea bayar RM8 dan makan sepuas-puas hati seperti yang Arbi "Berq" Suhadat dan gengnya rasai tempohari. Teringat masa saya di UK dulu. Bila musim epal dan strawberi, kami akan pergi ke ladang di countryside, petik sendiri dan makan sepuas-puas hati. (Buat macam ladang sendiri). Bayarannya sekitar lima pound je. Kalau dah makan penuh perut, takkan nak bawa balik lagi...Di pejabat saya sekarang, kalau ada sebarang jamuan, kami tidak pernah ketinggalan tempah kek durian. Lazat betul dan semua orang akan makan sampai tak ingat dunia! Walau panas selepas tu (ada juga yang pening), semua tetap gembira. Kalau dulu yang paling sohor ialah gred D24, sekarang ni ada macam-macam. Hanya jauhari yang kenal maknikam. Durian, durian…(sabar, bulan puasa!)
p/s: Gambar dari facebook Asri Jani, (3rd Yr BShL,UM)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment