To all my students, welcome to the real life!
Melihat aksi para graduan universiti yang bergraduat pada minggu pertama Ogos, baik di UM atau universiti lain, terpancar wajah gembira mereka dan selayaknya mereka bergelar graduan pada hari yang membahagiakan itu. Di sebalik itu semua, mereka sebenarnya berhadapaan dengan suatu realiti yang mana mereka sendiri perlu mencoraknye. Di kampus, hidup mereka dicorakkan oleh sistem yang ada, jadual kuliah, jadual tugasan peperiksaan. Mereka dipandu selama 4 tahun, kini semuanya bakal berubah. Mereka telah mendapat kunci dan perlu memilih jalan sendiri...
Hidup sebagai pelajar/mahasiswa universiti, merupakan satu fasa yang amat menyeronokkan. Fasa usia 19-24 tahun,semua mahu dilayan seperti orang dewasa, bukan lagi seperti high-school student. Tapi ramai juga yang first year tu, saya tengok macam masih dalam dunia persekolahan: dari segi sikap dan perangai lah maksudnya. Masih dengan mentaliti pelajar sekolah, mereka perlu belajar seribu satu macam perkara baru di dunia kampus. Bersabarlah, kena ada sikap ingin belajar, barulah dapat menyesuaikan diri dengan alam dewasa, dan jangan pesimistik dalam mengejar kejayaan.
Saya suka berinteraksi dengan pelajar saya, mahu tahu idea dan pemikiran mereka. Malah penceburan saya ke dalam dunia facebook juga adalah kerana ingin memerhati gelagat pelajar saya (bukan memantau ye). saya mahu tahu apa keletah mereka sekarang, apa kemahuan, kehendak, citarasa dan gelora jiwa mereka, jika dibandingkan dengan generasi saya dahulu. Bunyi macam merimaskan ye. Jangan bimbang, saya bukan ibu anda yang akan memantau segala perlakuan dan budibahasa anda. I'm just your poor lecturer! A poor lecturer with lots of.....! Istajib, pelajar saya yang ajar saya buka akaun fb ni, menerusi Yahoo Messenger masa saya di Singapura dan dia di KL!Kelakar kan? Seorang lagi, Syafiqe,ajar buka akaun blog ni, hebatkan? Sentiasa ada "introducer".
Kawan baik saya, Dr Ramizah Wan Muhamad (ustazahlama.blogspot.com) suka bercerita tentang kehidupan dan pengalamannya bersama pelajar. Jah (panggilan saya kepada mehboobah saya ini), mendedikasikan blognya itu untuk menulis hikayat tentang apa sahaja berkaitan pelajarnya. Saya kagum dengan kecintaan beliau terhadap pelajarnya yang ramai. Pasti, Jah ada ramai pengikut yang setia dan fb dia juga memilikki kawan sehingga 500 orang yang majoriti terdiri dari pelajarnya. Saya rasa Jah adalah guru yang popular di tempatnya, AIKOL, IIUM.
Berbalik pada yang dah konvo ni... apa agaknya langkah seterusnya. Cari kerja? Kahwin?Siapa yang menentukan itu semua? Ibu bapa yang dah tua yang mahu anda tinggal bersama mereka dan seterusnya bekerja di daerah sahaja? Nak sambung belajar di peringkat sarjana, tapi tak ada sumber kewangan? Ikut kawan ambil DAIJ daripada menganggur sahaja? Jadi lawyer syarie lepas ni macam Rizz Iskandar, betul ke ni? Jadi R.A (research assistant) sementara ada peluang? Ambil JQaf lah, dapat gak gaji daripada menganggur. Itu antara realiti yang ada. antara yang menjadi kehendak dengan yang perlu untuk meneruskan hidup. Sekali lagi, selamat datang kepada realiti kehidupan yang sebenar yang universiti tak ajar! Fikir dan fikir...
2 comments:
wah..terimakasih kerana mempromosi blog sy. mudah2an tabiin saya bukan setakat di aikol..malah API juga :-)
sama-sama, tabiin saya tak de le seramai Jah yang dah bertaraf "blogger"...
Post a Comment