Monday, August 16, 2010

Impian dan Realiti: Dedikasi untuk Yang Bergelar Graduan(2)

Sambungan...

MAsih ada sikit lagi tentang subjek di atas. Bagi yang dah grad, jangan buang masa dalam memilih langkah seterusnya. Saya katakan demikian agar anda tidak putus muwalat dengan "angin" yang ada. Kekadang, bila kita putus muwalat daripada landasan yang telah kita bina, kita jadi buntu, beku, gelap gelita dan tak tahu nak buat apa. Anda dah biasa dengan kesibukan sebagai pelajar, penuh masa dengan pelbagai aktiviti, biasa berinteraksi dengan pelajar lain dan sebagainya, bila balik ke rumah dan duduk di kampung, beku dan tak nampak apa dah....Cuma nampak ruang yang ada di kampung halaman. Ini yang bahaya tu. "Bahaya" di sini, bukanlah sampai mengancam nyawa, tetapi mengaburi visi dan misi selama ini. Contoh, bila lama menganggur, putus asa jadinya, mulalah fikir, baik jadi cikgu je lah, senang. Malaslah nak jadi lawyer, nanti dapat migrain, lagipun camana nak buat, aku kat Ulu Sungai ni, mana ada klien...Nak jadi lawyer, kena duduk KL, baru glamour....Amik JQaf lah, dapat gak duit.(Kena pulak kalau orang tua yang sarankan...)
Saya nak cerita perspektif lecturer bila mendapat tahu begini kaedah berfikir lepasan JSU (khususnya). Ada seorang pensyarah cerita pada saya, perasaan kecewa amat terasa bila dapat tahu student yang dilatihnya dalam bidang syariah dan undang-undang selama 3-4 tahun, akhirnya memilih untuk menjadi cikgu... Katanya lagi, kalau akhirnya nak jadi cikgu, baik ambil kursus Pendidikan masa di U dulu, buat apa ambil syariah dan undang-undang. Bagi slot awak kepada pelajar yang berminat. Betul tu...
Well, saya pula tak adalah kata semua mesti jadi lawyer. Pada saya, jadilah apa yang awak mahu, asalkan anda membuat keputusan itu berdasarkan visi anda untuk berjaya, bukan jadi mangsa keadaan, anda hanyut untuk membuat keputusan yang mudah dan senang. Yelah, mudah lah tu kalau fikir, daripada menganggur baik jadi cikgu. Well guys, life is more than that.

Pada saya, you design your own destiny, your own future. Sekarang ini kita tidak boleh sekadar fikir diri sendiri sahaja: cukuplah dapat kerja kerajaan, dapat gaji, kawin, ada anak, beli rumah, beli kereta, pergi bercuti, pergi Mekah, dah le....zaman ini menuntut kita berfikir bukan macam era 80an, 90an lagi....Zaman ini, kita kena fikir survival bangsa dan juga agama.Orang Melayu kena usahakan agar pada masa akan datang, mereka tidak merempat di negara sendiri. Sekarang ni cuba tengok, siapa yang jadi jutawan? Siapa yang banyak memilikki hartanah?
Zaman ini, peluang untuk berjaya makin banyak:
- Nak sambung belajar?, ada biasiswa, ada Bajet Mini (Pakej Ransangan Ekonomi ke-2 yang bagi biasiswa kepada pasca-siswazah).
- Nak jadi usahawan? Sebelum grad, dah hadiri kursus Keusahawanan yang wajib di semua U sekarang ni. Nak modal? Tanya je MARA, Kementerian Keusahawanan dan pelbagai agensi kerajaan.
- Nak jadi jutawan sebelum umur 30? Pun boleh.
Sekali lagi, berfikirlah jauh ke hadapan.......

"Bekerjalah untuk dunia seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya, bekerjalah untuk akhirat seolah-olah kamu akan mati esoknya."-Hadith.

2 comments:

Faqir ila Rabb said...

salam...walaupun saya bukn student jsu tpi saya amat tertarik dengan ulasan di atas..terima kasih DR.

siti zubaidah ismail said...

terima kasih kerana melawat, saya sengaja letak student JSU, senang naka relate dengan mereka, tapi sesuai juga untuk orang lain.