Friday, July 30, 2010
Buang Kucing...
Awal pagi ini, Rossa beranak lagi. Seingatku, si Rossa ni - pada tahun ini sahaja - dah dua kali melahirkan anak. Aduh, kini semua kucing di rumahku dah berjumlah 13 ekor! Sebenarnya bukan aku yang menyukai kucing, tetapi anak-anakku yang 6 orang ini. Rumah ni dah penuh dengan kucing, tetapi aku tetap tidak mahu menyediakan rumah atau sangkar kucing. Ini kerana niat di hati ialah nak "buang" kucing-kucing ini. Isykk, takkan nak buang kucing. Jangan salah anggap.... aku bukannya nak buang kucing ni di Chow Kit ke atau pergi ke Bentong dan tinggalkan kucing ni merempat ikut suka. Tak ada pun niat jahat gitu. Itu padaku amat tidak berperikemanusiaan. Tak ada gamak nak buat gitu, walaupun mereka ni binatang. Pernah aku tawarkan beberapa ekor kucing ni kepada pelajar ku, tetapi mereka tak dapat mengambilnya sebab berlainan daerah. Aku hubungi SPCA Selangor dengan harapan mereka dapatlah menerima kucing ini, malang sekali mereka pun dah tak mampu nak tempatkan kucing pemberian orang. Kalau nak bagi SPCA juga, kena bayar RM100 untuk setiap ekor! Anak-anakku selalu merayu agar aku tidak memberikan kucing kepada orang, tapi susahlah kalau dah jadi 13 ekor ni. Masalahnya, di keliling rumah kami ni ada seekor "Perogol Bersiri" yang mengorat kucing-kucing betina ni: Rossa, Rita, Bee, Kiko, Mimi dan Black Pearl.Bila mereka ni dah termengandung, makin peninglah kepala ku. Suamiku dah pun mula membeli makanan kucing dalam guni, bukan lagi dalam paket 2 atau 3 kg. bayangkanlah kos makanannya....Dulu masa Rossa luka di kepala, kos rawatan luka dan bermalam dalam wad di klinik haiwan sahaja mencecah RM160! Memanglah pahala pun banyak kalau kita buat baik dengan binatang dan mengasihaninya, masalahnya it's too much. SPCA menasihatkan aku (melalui email) supaya mencari keluarga angkat bagi kucing-kucing ini. Well, kalau siapa berminat, bolehlah aku sedekahkan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Kucing kat rumah saya tinggal 5 ekor je. yang jantan bila dewasa, mula melarikan diri. setakat ni dah 6 ekor melarikan diri dari rumah.
Post a Comment