Saya sentiasa mengelak daripada melihat foto yang dipaparkan dalam akhbar tempatan apabila ada gambar bayi atau janin dijumpai di mana-mana. Sejurus membaca tajuk berita, saya terus mengalih perhatian ke tajuk lain. Well, saya mungkin membaca kandungan beritamengenainya, tetapi saya tidak tergamak melihat gambar berkenaan kerana sudah pasti air mata akan berjurai keluar, memikirkan manusia yang sanggup membuangnya. Sudahlah melakukan zina, membunuh pula. Bayi yang sudah tentu lahir di luar nikah itu, hakikatnya adalah zuriat mereka sendiri. Hanya orang yang berhati binatang dan tiada iman sahaja yang sanggup melakukannya. Hmm... kalau dah berzina pun sanggup, apa lagi dosa lain, takkan tak sanggup? Takut saya memikirkan,malah beratus soalan boleh kita tanya: mengapa mereka ini sanggup berzina, tak tahu ke perbuatan itu haram, mana pergi mak bapa dan masyarakat, apa jadi dengan pendidikan di sekolah dan macam2 lagi.Saya mengandaikan yang melakukan perbuatan sebegini (berzina dan buang bayi) adalah golongan muda. Biarpun Kementerian Pendidikan mendedahkan 26 kes melibatkan kehamilan pelajar sekolah, tapi yang buang bayi itu mungkin juga ada di kalangan pelajar sekolah. Pelbagai langkah dan tindakan yang telah dan akan dilakukan oleh pihak berkuasa, soalnya adakah ia menyelesaikan masalah ini pada akarnya?
1. KEWUJUDAN PUSAT BUANGAN BAYI.
Pelbagai NGO menggerakkan inisiatif mewujudkan pusat buangan bayi di tempat awam (hatch) bagi mengelak daripada bayi dibuang seperti sampah. Maknanya, kalau nak buang pun, eloklah sikit, poskan je ke tempat ini, kelak akan dikutip oleh pengurus tempat tu.Usaha ini tidak akan menyelesaikan masalah, ia sekadar meng'humane"kan tindakan pihak yang nak buang. Ertinya, mesej yang hendak disampaikan ialah: well, kalau kamu tak nak bayi ni, okay, lepas dia dilahirkan sama ada dalam tandas ke, tepi longkang ke, jangan kamu bungkus dan biar dia mati katak,tolong bedung dia elok2 dan hantar ke tempat ni. Insyaallah bayi luar nikah ini akan diberi kepada keluarga angkat. So, pasangan yang tak ada anak, boleh le ambil bayi ini. Soalnya, nak jaga anak orang untuk jadi anak kita tu, tak nak kisah langsung ke asal keturunan dia?? Pada saya, ini tidak menyelesaikan masalah pembuangan bayi kerana akar umbi masalah pembuangan bayi bukan ketika kelahiran, sebaliknya bagaimana mengelak berlakunya perzinaan dan seterusnya. Kehamilan adalah impak perzinaan, kalau ikutkan, kita kena kawal perbuatan zina itu. Jadi, kenapa tidak buat kempen besar-besaran mencegah zina?
2. SEKOLAH KHAS UNTUK PELAJAR HAMIL.
Nak ketawa pun ada, geleng kepala pun ada juga dengan idea yang pelik ini. Agaknya ini akibat berfikir di luar kotak kot...Yang makin menambahkan geli hati ni ialah apabila idea ini disanggah oleh pihak Kementerian Pendidikan (jawapan Timbalan Menterinya), pencetus idea ini masih "ketegak" nak teruskan juga ideanya ini di negerinya itu. What a noble intention it is. Bagus lah kalau ada spirit menjadikan negeri berkebajikan (welfare state) ke tahap maksimum. Sementelah dah ada ide ini, terfikir juga bagaimana kelak ia nak dilaksanakan ye. Well, tempoh hamil tu 9 bulan je, macamana nak membuatkan pelajar ni bertukar sekolah ke sekolah khas ni? Kuasa siapa yang perlu untuk mereleasekan pelajar dari sekolah asal ke sekolah khas ni? Nak ke pelajar tu bertukar sekolah yang sudah pasti bukannya dekat dengan rumah dia atau dengan keluarganya? dalam keadaan macam ni, nak ke pelajar tu berjauhan dri kelaurganya? Kalau kes kehamilan pelajar ni dianggap kes nadir, kes terpencil, sanggup ke kerajaan negerinya keluarkan modal beratus ribu/berjuta buat sekolah khas untuk golongan super-minoriti ni? Dari mana cikgu2 sekolah ni nak diambil? Ada ke cikgu yang nak berkhidmat di sekolah ni? kalau budak tu nak periksa SPM ke, ada ke segala kemudahan untuk dia nanti? Aduhhh... banyak soalan daripada jawapan akhirnya. Kesimpulanya, idea ini tidak praktikal dan lebih mahal tali dari beruk. Kalau nak bagi idea, lain kali, bagi lah idea yang boleh dilaksanakan. Kalau ikut Islam, kita kena hukum pesalah zina dengan hukum hudud, sebagai tambahan boleh kenakan taazir juga. Contoh taazir ialah penjara khas untuk mereka yang hamil.Justeru, sebagai alternatif kepada sekolah khas cadangan di atas, elok dihantar ke institusi sedia ada seperti Sekolah Tunas Bakti di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat atau ke Baitul Ehsan, sebuah pusat pemulihan wanita kendalian Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). Di Baitul Ehsan yang terletak di Sabak Bernam ini, saya dapati ramai pelajar sekolah yang hamil dan berada di sini kerana dihantar oleh keluarga mereka. Dan mereka ni sudah pun berhenti dari sekolah. Mungkin akan sambung semula bila dah selesai masalah peribadi mereka ni.
3. MELAYU SAJA KE YANG BUANG BAYI NI?
Kelihatannya seperti begitulah. Sungguh malang bangsa ini. Teringat satu hadith riwayat Ibn Abbas yang bermaksud: APABILA ZINA DAN RASUAH BERLELUASA DALAM SESEBUAH MASYARAKAT, BERMAKNA MASYARAKAT ITU SEDANG MENUNGGU AZAB DARIPADA ALLAH.
4. PENDIDIKAN SEKS DI SEKOLAH.
Mungkin perkataan seks itu agak taboo dalam masyarakat kita, menyebabkan timbul pelbagai persepsi di kalangan masyarakat. Well, saya berada di pihak yang setuju dengan cadangan mewujudkan satu subjek khas dan mengadakan silibus khusus berkenaan hal ini. Dalam bahasa Arab Tarbiyyah Jinsiyyah (Pendidikan Seks) merangkumi pengajaran dan pembelajaran berkaitan taharah (kebersihan) dan perkara yang ebrakitan dengan diri, biologi, nature as a woman and man dan pelbagai lagi. Justeru, silibusnya mestilah dirangka khas kerana ia bukan setakat sains biologi sahaja, ia mesti diterapkan dengan nilai2 keagamaanm, terutama hukum-hakam dan panduan pencegahan. Apabila anak-anak kita diajar tentang aurat, kebersihan, haramnya zina, maka mereka akan tahu bahawa diri mereka tidak boleh disentuh oleh mana-mana lelaki sebelum kahwin. Mereka akan tahu HAK mereka sebagai gadis,sebagai wanita, sebagai lelaki dan ini akan meningkatkan pengetahuan dan kesedaran mereka untuk mengenali diri mereka sendiri. So,pihak berkenaan, tolong wacanakan dengan semua pihak dan jangan pinggirkan golongan agama apabila merangka silibus dan kurikulum bagi Pendidikan Seks ini. It has been long overdue. Cegahlah sebelum parah.
No comments:
Post a Comment