Monday, February 7, 2011

Everybody, Please Give Way!

Seperti juga rakyat Malaysia yang lain, saya juga sering tertanya-tanya kenapalah agaknya angka kemalangan jalanraya terus meningkat saban tahun. Lagi kerap insiden kemalangan disiarkan dalam akhbar, lagi kerap ia berlaku. Nampaknya jalanraya menjadi antara tempat 'makan nyawa' rakyat kita. Buatlah jalan sebesar mana, dan secanggih mana pun, kemalangan tetap berlaku. kalau tidak di lebuhraya, ia berlaku di jalan kampung, jalan kecil, jalan sehala dan semua jenis jalan. Bingung juga memikirkan setiap kali kemalangan berlaku, pelbagai pihak menuding jari dan mencari kesalahan: jalan tidak elok, brek tak makan, pemandu mabuk dadah, kenderaan tak lulus Puspakom,dan macam-macam lagi. Dari orang biasa sehingga kepada Pak Menteri, semua memberikan kenyataan di akhbar.Semua mencari punca kemalangan bagi ijaikan tajuk berita. Hakikatnya, ia tidak menurunkan angka kemalangan jalan raya.

Saya hanya nampak satu perkara sahaja: SIKAP KITA SEBAGAI PEMANDU. Sikaplah yang membezakan kita dengan pemandu di negara lain. Saya senaraikan antara sikap kita di jalan raya tanpa mengira sama ada kita ni bawa kereta besar atau kecil, pakai tudung, kopiah, rambut kuning atau apa sahaja:

1. Sikap tidak memberi laluan kepada pemandu lain. Bagilah signal melintas sampai senja pun, tunggulah kat situ. Kat UK, pada saat kita bagi signal nak melintas jalan, pemandunya akan terus berhenti dan memberi laluan. Kalau lalu di lorong sempit, mereka akan berebut nak beri laluan kepada kereta yang datang.

2. Sikap tidak sabar. Baru lima minit di jalanraya, kita dah mengutuk pemandu di hadapan kalau dia mematuhi had laju. Lebih-lebih lagi kalau pemandunya perempuan. Kita tidak sabar untuk memotong mereka dan dalam proses memotong tu, terlupa bagi signal dan tidak berhati-hati, so berlakulah kemalangan.

3.Sikap suka menyelit. Selagi ada ruang, akan ada kereta yang akan menyelit. Dari dua lorong akan menjadi empat lorong dan hati anda akan menggelegak kemarahan dan hon akan berbunyi. Hari ini anda marah orang menyelit, esok anda pula menyelit! Hari ini kita kata orang tak civilized, besok kita pula yang "uncivilized".

4. Sikap siapa cepat. Ini yang paling bahaya. Kita menganggap semua pemandu lain lambat. jadi kita akan 'cilok' ke sana sini dan bila alpa, kita akan mencium kereta orang. Antara mangsa cilok ini ialah saya. Tak pasal-pasal kerana seorang ni nak cilok dan mengejar lampu hijau, kereta saya diciumnya. Sebulan saya patah kaki. Sabar jelah...

5. Sikap tak malu pada diri sendiri. kalau kita lihat drebar kita, bawak BMW 5 siri, Merc S Class, tapi perangai di jalanraya macam.... kadang-kadang tu pakai kopiah, tudung kepala,siap ada ayat kursi dan ayat seribu dinar di cermin kereta, tapi langgar lampu merah. Ada juga mak bapak yang bawa anak dalam kereta, tapi perangai pemanduan yang ditunjukkan di hadapan anak-anak menyebabkan anak-anak fikir adalah OK untuk memandu laju, memotong tanpa signal, langgar lampu kuning/merah. Bukannya dia malu kat anak!Dia sendiri tak pakai tali keledar. Pakaian tu, habis gaya, jenama Ridzuan Radziwill, Michael Ong lah, GQ, Playboy etc, tapi memandu sama macam...

Jadi, renungh-renungkanlah jika ada di antara lima sikap di atas ada pada diri anda...Jika ada, bermakna ANDA BELUM LULUS UNTUK HIDUP BERMASYARAKAT!(p/s kena masuk sekolah semula?)

2 comments:

ramizah said...

cukup setuju dgn hujjah2 yg disampaikan oleh Puan Pengetua Majis :-)

siti zubaidah ismail said...

Soalnya sekarang, Pengetua Majlis sendiri, bagaimana?