Selepas menarik nafas lega dengan selesainya perbicaraan kes Abdul Kahar "Rasul Melayu", mungkinkah pihak pendakwa syarie Selangor akan berpeluh pula menangani kes terhadap bekas Mufti Perlis yang dikenali kerana fahaman yang liberal dalam banyak perkara. Menarik untuk kita ikuti perkembangan ini. Di pihak pendakwa syarie, mereka hanya akan proceed dengan pendakwaan sesuatu kes jenayah syariah, sekiranya fail siasatan telah ada di meja mereka dikira lengkap. Selepas diteliti, mereka berpuas hati dan ada kes untuk didakwa,barulah pertuduhan dibuat di mahkamah syariah. Dalam kes Dr Asri kini, nampaknya siasatan telah selesai, justeru diputuskan ada kes untuk didakwa. Itulah yang menyebabkan tertuduh diheret ke mahkamah. Justeru, kita hendaklah berlapang dada dan tunggu dan lihat sahaja apakah hasil siasatan yang akan dikemukakan kepada pihak pendakwa dalam perbicaraan yang akan berlangsung pada tahun 2010 nanti.
Kesalahan yang dipertuduhakn iaitu mengajar agama tanpa tauliah, merupakan salah satu daripada kesalahan jenayah syariah di dalam undang-undang jenayah syariah di setiap neegri di negara kita ini. Bermakna kesahan undang-undang itu tidak boleh lagi dipertikaikan. Ia pun bukannya baru wujud sehari dua ini, dah lama beriktikaf di dalam akta/enakmen kesalahan jenayah syariah, cuma jarang-jarang digunakan. Survei yang saya lakukan di mahkamah syariah mendapati amat jarang sekali kes sebegini dibawa ke mahkamah syariah. Ini bukan bermakna tiada insiden berkenaan, tetapi mungkin bagi maksud kesalahan , tidak cukup elemen yang diperlukan, justeru tidak cukup "merit" untuk dikemukakan pendakwaan. Itulah keadilan namanya.
Saya juga suka menjelaskan (oleh kerana tertuduh dalam kes di atas begitu lantang bercakap sesedap mulut dan mempersoalkan otoriti undang-undang yang ada), bahawa bagi maksud kesalahan, kita kena faham apakah elemen-elemen di bawah kesalahan mengajar agama tanpa tauliah.
Seksyen 14 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 memperuntukkan seperti berikut:
(1) Mana-mana orang yang mengajar atau mengaku menajar apa-apa perkara berhubungan dengan Agama Islam tanpa tauliah yang diberikan di bawah seksyen 79(3) Enakmen Pentadbiran adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM3000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya.
(2) Subseksyen (1) tidak terpakai bagi seseorang yang mengajar atau mengaku mengajar apa-apa perkara yang berhubungan dengan Agama Islam dikediamannya sendiri dengan kehadiran anggota keluarganya sendiri.
Perbuatan "mengajar" di sini, bukanlah seperti menjadi ahli panel dalam forum perdana. Dalam konteks ini permit dan kelulusan diperlukan. Mengajar di sini bermakna memberi pengajaran berbentuk kuliah, ceramah di tempat yang dikira sebagai tempat awam dan terbuka. Kalau seorang ketua keluarga buat tazkirah selepas sembahyang/usrah di dalam rumah untuk ahli keluarga sahaja, ini tidak menjadi kesalahan.
Justeru, kalau nak mengajar mengucap orang yang sedang nazak, tu, tak perlulah tauliah sepertimana yang disiniskan oleh bekas Mufti tu. Kolot jugak contoh yang diutarakannya. Takkanlah undang-undang kita ni sampai macam tu sekali. Beliau juga mendakwa undang-undang ini menyekat kebebasan bersuara. Bila pula sesuatu kebebasan itu bersifat mutlak dan "boleh belaka"? Kebebasan apa sekalipun yang ada di dunia ini, tidak ada suatu pun yang mutlak. Sesetengah orang mungkin hanya faham fiqah iaitu tentang hukum sesuatu perkara, tetapi memahami fiqh semata-mata (hukum) tanpa memahami siasah syariyyah pun tak bermakna juga. Betul sabda Nabi yang bermaksud: "Sampaikanlah (pengajaran) daripada aku walaupun sepotong ayat". Ini boleh difahami dalam konteks umum. Kalau memahami fiqh sahaja (contoh mengajar agama tu satu kewajipan dalam konteks kini), tapi kita tidak kawal kelayakan dan latarbelakang mereka, nescaya sesiapa sahaja akan bebas mengajar entah apa-apa serta memperalatkan agama untuk tujuan mendapatkan nama dan wang. Sama juga dalam bab nikah, baik nikah pertama atau poligami. Ada bapa yang ghairah nak menikahkan anak daranya dengan seorang "alim", justeru, terus dinikahkah sendiri di rumahnya. Walaupun nikah tu sah sebab ada wali dan cukup semua syarat, tetapi bersalahan dengan undang-undang yg ada.Kalau tidak didaftarkan, macamana nak ada bukti yang seseorang itu isteri atau suami seseorang. Jadi itulah siasahnya dalam mentadbir urusan duniawi. Sesetengah orang kita tidak faham. Asalkan dari segi hukum sah, cukuplah.Kalaulah begini simple tanpa ada pentadbiran undang-undang Islam dalam semua bab, entah-entah lelaki alim tadi pergi bernikah dengan empat orang wanita dalam tempoh empat malam. Lepas tu bila berkenan dengan yang kelima, dia ceraikan yang pertama. Jadi, siapa yang nak kawal kemudaratan yang berlaku selepas itu?
Mungkin mendakwa seorang bekas Mufti seperti dalam kes ini adalah satu contoh kes yang ekstrim, sebab sebelum ni yang kena dakwa dengan kesalahan ini ialah mereka yang "biasa-biasa" sahaja, walaubagaimanapun, kita tunggu dan lihat sahaja keputusan kes ini.
1 comment:
salamualeykum wr wb,
maaf saya ingin bertanya,
kalau kita nak anjur majlis mawlid nabi(sawaws) dengan kawan2 kita yang ramai..perlukan tauliah jugak ke?atau perlukan permit?
dengan doa,
saya.
Post a Comment