Wednesday, December 30, 2009

Kartika, Where Are You?

Setelah melantun sana-sini, kes melibatkan seorang model bernama Kartika ini, masih belum tamat episodnya. Hairan juga bila memikirkannya. Bila hukuman sebat dijatuhkan, saya ditanya oleh wartawan NST. Saya kata ia di luar kebiasaan, agak keras bagi kesalahan kali pertama. Itu reaksi awal. Ramai yang tidak setuju kerana mereka beranggapan saya tidak menyokong pelaksanaan kesalahan hudud yang dihukum taazir di negara ini. saya bukan tidak menyokong hukuman ini dijatuhkan. Saya mahu lihat keberanian mahkamah syariah mempraktikkan hak dan otoriti mereka sehingga dilihat sebagai mahkamah yang berwibawa di negara ini. Bila kartika sendiri insaf dan bersedia untuk disebat, dah dibawa ke Penjara untuk dihukum, tak jadi pula di tengah-tengah jalan. Pihak NGO pula mengemukakan memorandum supaya Kartika dibebaskan. Pihak RTM juga buat forum membincangkannya dengan tujuan untuk memjelaskan kedudukan undang-undang dan kesalahannya di samping menolak hujah-hujah SIS pada malam itu. Saya juga dijemput menajdai ahli panel forum-forum pelajar di UM dan tempat awam bagi menjelaskan prosedur sebatan syariah. Letih rasanya memberikan sokongan moral kepada pihak mahkamah syariah. Sekarang ni, apa jadi? Agaknya ada pihak atasan yang lebih atas lagi daripada kuasa Ketua Hakim Syarie Pahang yang belum "merestui" hukuman ini dilaksanakan? Entahlah. Di mana pula pendirian Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM dalam hal ini? Di manakah dan bilakah berakhirnya episod ini?

2 comments:

TMAAR_H66 said...
This comment has been removed by the author.
TMAAR_H66 said...

ye tak ye jugak..heeh