Tuesday, May 11, 2010

Kartika Saga: The End

Lama tak melawat blog sendiri, dah bersawang rupanye. Sejak ada facebook, dah tak ada masa nak jengok dan menulis dalam blog. Bukan aktif pun FB tu, sekadar mengisi masa lapang mengikuti perkembangan kawan2. Berbalik pada tajuk post ini, nampaknya kes Kartika telah pun tamat dengan "ending" yang tidak begitu menarik. Namun apa pun yang berlaku, diharap pihak berkuasa agama dapat belajar sesuatu dari kes ini.Apa sahaja kes, kalau dibiarkan berlarutan, maka akan jadi huru-hara lah jawabnya. Biarlah kes ini menjadi "one of its kind" di tanahair kita ini, dan tiada lagi kes yang memerlukan campurtangan. Kasihan pada imej mahkamah syariah.....